BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 25 May 2012

Keislaman seorang pemuda

tatkala usiaku menjangkau 17th  maka catatan buku amalan ku pun bermula dimana aku telah pun islam.

saat ini aku ibarat kain yang putih tanpa ada bintik-bintik hitam yang mengotorinya. itulah ungkapan yang ku dengar dari kalangan orang islam yang mengenaliku 


pada mulanya ku tak tahu kenapa mereka kata macam tu, tapi lepas menerima penerangan dari mereka
barulah aku faham maksud disebalik kata itu.

rupanya orang yang memeluk agama islam ini telah diampunkan dosanya dan dia bagaikan baby yang baru lahir.

oh alangkah bahagia ketika itu kerana islam telah menyelamatkan aku dari api neraka yang jahanam!

soalan yang acapkali aku dengar adalah ini ( kenapa awak memeluk islam?)

untuk pengetahuan kalian keislamanku tidaklah sehebat mereka yang mendahuluiku memeluk agama
islam, sampaikan ibu bapa mereka memukul dan memulaunya.


keislamanku sangat mudah, yang mana saya hanya tertarik pada keindahan islam, budi pekerti orang islam terhadapku.

saya juga ingin mengetahui apa sebenarnya islam ini sehingga menarik minatku untuk mengetahuinya.

sedangkan suatu ketika dulu sebelum saya islam, saya sangat benci akan islam, dan menghina islam.
saya pernah ungkapkan kata-kata ini.

orang islam yang sembahyang dalam masjid itu menyembah kepala babi!!!
jahatnya saya saat itu.. namun semuanya berubah.

siapa sangka kuasa Allah mampu mengubah seseorang yang menyekutukannya  kembali untuk mentaatinya.

Maha Suci Engkau Ya Allah!!!

0 comments: