BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 25 May 2012

antara dunia dan akhirat?

tidaklah bergelar manusia jika tidak mendapat dugaan. maka saya tidak terlepas dari dugaan dalam menjalani kehidupan biasa.

setelah keislamanku, ku tercari-cari dengan siapa harus ku belajar tentang islam.  hendak bertanya pada kawan-kawan sekerja mereka hanya mampu memberi nasihat namun tidak sekali tentang perihal ilmu islam.


maka hasutan syaitan telah berbisik padaku, saat itulah keimananku teruji.  hampir saja ku berpaling dari islam kerana tiada bimbingan.

ku bersyukur pada Allah kerana memberikanku kekuatan untuk kekal pada islam. ketika ku hampir
berpaling dari islam,

maka imanku berkata, wahai hazrieq yang dikasihi, tetapkanlah imanmu pada yang Esa.
syukurilah nikmat yang telah diberikan padamu.

aku tersedar dari lamunanku. maka ku kuatkan imanku dan tetaplah aku dalam islam.
saya tersepit diantara dunia dan akhirat.

apakah saya harus meneruskan pekerjaanku ini tanpa mempelajari agama Allah?
sedangkan ketika itu, sayalah tempat keluargaku bergantung.

jika ku berhenti kerja bagaimana saya menolong keluargaku...ahhh sekali lagi ku tersepit di tengah-tengah,

sekali lagi imanku berkata, wahai hazrieq yang bertuah,,.tinggalkanlah pekerjaanmu dan kenalilah Tuhanmu..yakinlah pertolongan Allah itu adalah pasti...

maka ku pun meninggalkan pekerjaanku dengan sehelai sepinggang, tanpa ada apa-apa.
yang tinggal.

ku mempelajari agama dan dari situlah ku mula kenal siapa Tuhanku yang sebenar,
dan alhamdulillah dengan pertolongan Allah ku berjaya mengharungi  dugaan yang
melanda diriku ini.


0 comments: