inilah generasi yang akan mewarisi ulama'ulama' yang akan datang kelak,.. semoga Allah memberikan ilmu yang bermanafaat kepada sulhi dan rabbani..
merekalah harapan bangsa yang akan datang..amen!!! jadikan mereka insan yang bertaqwa ya Allah!!! SEMOGA HIDUP MU TIDAK DIKABURI DUNIA YANG penuh dengan tipu daya.. wahai adik Rabbani dan Sulhi, susulilah hidupmu dengan tinta ilahi. payungilah hatimu dengan Iman nan taqwa, hiasailah seharianmu dengan ibadah... Allah jangan biarkan senyuman adik ku yang tercinta ini hilang dimamah dengan kelalaian, hinggapilah ia dengan RahmatMu. tadahilah ia dengan nikmat Mu ya Rahman!!!.... Allah, mereka merenung masa depan...dimanakah mereka suatu hari kelak? engkau tunjuki mereka Jalan yang lurus sebagaimanaa Engkau memberikan petunjuk kepada orang-orang terdahulu. kurniakan merekaa Iman yang kukuh Ya Allah..bimbinglah mereka ke jalan yang Benar!!! jadikanlah mereka pejuang Islam yang Agung!!!Tuesday, 29 May 2012
Adik Rabbani dan Sulhi yang comel..
Posted by Perantau Islam at 19:12 0 comments
Friday, 25 May 2012
Madah Nan Islam
Posted by Perantau Islam at 21:27 0 comments
Baginda S.A.W. Pembawa berita gembira dan ancaman
Posted by Perantau Islam at 20:09 0 comments
Ibu Kebanggaanku..Ayah inspirasiku
ohh alangkah tersentuh hati ini menitis air mataku membasahi bumi....
tatkala orang yang ku kasihi..yang ku hormati...
yang ku cintai....insan yang mulia bergelar ibu.... manakan tidak, keislamanku langsung tidak dihalangnya...betapa kasihnya ibu padaku....sedang ku berfikir cara untuk memberitahu pada ibuku bahawa esok saya akan masuk islam, ku takut ku akan melukai hatinya kerana tindakanku ini..
maka ilham Allah siapa yang sangka..Allah melembutkan hati ibuku..ku membuat panggilan
dengan tujuan memberitahu pada ibuku bahawa anaknya ini hendak memeluk agama islam.
ibuku mengangkat teleponku...ku pun memulakan bicara.....
......hello...mak....(dengan suara penuh hormat) ni saya, anak mak...
mak: ya mak tahu..ada apa telefon mak ni...
Ku: mak sihat tak..bapa sihat? adik2 sihat?
mak: mak sihat, bapa dengan adik-adik semua sihat...
ku: mak saya ada benda nak cakap dengan mak..tapi saya harap mak tidak marah dengan saya....
mak: ha. apa dia nak...cakaplah..mak nak marah apa dengan kamu...
ku: mak sebenarnya saya hendak masuk islam...
mak: apa? kamu nak masuk islam?
ku: ye mak..ku hendak masuk islam..boleh tak mak?
mak: hmm...kenapa kamu nak msuk islam nak? macam nilah..kamu balik sini dulu berbincang dengan mak dan bapa kamu.
ku; mak...saya minta maaf sangat..saya tak dapat balik...esok saya akan memeluk agama islam.
mak; odong ( panggilan mak pada saya) kalau kamu nak juga masuk islam..mak tak dapat buat apa-apa. sebab kalau mak larang pun kamu tetap juga denga kemahuanmu.
ku; mak..terima kasih mak...saya minta maaf sangat kalau saya menyakitkan hati mak dan bapa....
mak: tidak apa-apa...cuma satu pesan mak..odong ( suara mak dengan lembut penuh kasih sayang)
ingatlah betul-betul pesan mak nie...bila kamu dah islam,,,jadilah orang islam yang berguna....
jangan samakan diri kamu yang dulu dan selepas islam..ubahlah perangai kamu yang sebelum islam ini bila kamu dah islam.
jadilah orang yang berguna..
ku: mak...terima kasih banyak-banyak...saya akan ingat pesan mak...saya tidak akan kecewakan mak...mak saya sayang sangat kat mak....saya akan jadi anak yang baik untuk agama..
mak saya pergi dulu mak..nanti saya telefon mak lagi ye...
mak: baiklah..jaga diri sana..jangan keluar malam..jangan bergaul dengan orang yang tidak baik...bah..tutuplah telefon tu...
ku: baiklah mak..saya ingat pesan tu hehehe..( ku tersenyum kerana ibuka sangat mengasihaniku)..
gagang telefon diletakkan.
inilah perbualan ku dengan mak sebelum esoknya tu saya hendak memeluk agama islam,
hebatkan ibu ku...
subhanallah.....terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusanku.
Posted by Perantau Islam at 01:45 0 comments
antara dunia dan akhirat?
tidaklah bergelar manusia jika tidak mendapat dugaan. maka saya tidak terlepas dari dugaan dalam menjalani kehidupan biasa.
setelah keislamanku, ku tercari-cari dengan siapa harus ku belajar tentang islam. hendak bertanya pada kawan-kawan sekerja mereka hanya mampu memberi nasihat namun tidak sekali tentang perihal ilmu islam.
maka hasutan syaitan telah berbisik padaku, saat itulah keimananku teruji. hampir saja ku berpaling dari islam kerana tiada bimbingan.
ku bersyukur pada Allah kerana memberikanku kekuatan untuk kekal pada islam. ketika ku hampir
berpaling dari islam,
maka imanku berkata, wahai hazrieq yang dikasihi, tetapkanlah imanmu pada yang Esa.
syukurilah nikmat yang telah diberikan padamu.
aku tersedar dari lamunanku. maka ku kuatkan imanku dan tetaplah aku dalam islam.
saya tersepit diantara dunia dan akhirat.
apakah saya harus meneruskan pekerjaanku ini tanpa mempelajari agama Allah?
sedangkan ketika itu, sayalah tempat keluargaku bergantung.
jika ku berhenti kerja bagaimana saya menolong keluargaku...ahhh sekali lagi ku tersepit di tengah-tengah,
sekali lagi imanku berkata, wahai hazrieq yang bertuah,,.tinggalkanlah pekerjaanmu dan kenalilah Tuhanmu..yakinlah pertolongan Allah itu adalah pasti...
maka ku pun meninggalkan pekerjaanku dengan sehelai sepinggang, tanpa ada apa-apa.
yang tinggal.
ku mempelajari agama dan dari situlah ku mula kenal siapa Tuhanku yang sebenar,
dan alhamdulillah dengan pertolongan Allah ku berjaya mengharungi dugaan yang
melanda diriku ini.
Posted by Perantau Islam at 01:12 0 comments
Keislaman seorang pemuda
tatkala usiaku menjangkau 17th maka catatan buku amalan ku pun bermula dimana aku telah pun islam.
saat ini aku ibarat kain yang putih tanpa ada bintik-bintik hitam yang mengotorinya. itulah ungkapan yang ku dengar dari kalangan orang islam yang mengenaliku
pada mulanya ku tak tahu kenapa mereka kata macam tu, tapi lepas menerima penerangan dari mereka
barulah aku faham maksud disebalik kata itu.
rupanya orang yang memeluk agama islam ini telah diampunkan dosanya dan dia bagaikan baby yang baru lahir.
oh alangkah bahagia ketika itu kerana islam telah menyelamatkan aku dari api neraka yang jahanam!
soalan yang acapkali aku dengar adalah ini ( kenapa awak memeluk islam?)
untuk pengetahuan kalian keislamanku tidaklah sehebat mereka yang mendahuluiku memeluk agama
islam, sampaikan ibu bapa mereka memukul dan memulaunya.
keislamanku sangat mudah, yang mana saya hanya tertarik pada keindahan islam, budi pekerti orang islam terhadapku.
saya juga ingin mengetahui apa sebenarnya islam ini sehingga menarik minatku untuk mengetahuinya.
sedangkan suatu ketika dulu sebelum saya islam, saya sangat benci akan islam, dan menghina islam.
saya pernah ungkapkan kata-kata ini.
orang islam yang sembahyang dalam masjid itu menyembah kepala babi!!!
jahatnya saya saat itu.. namun semuanya berubah.
siapa sangka kuasa Allah mampu mengubah seseorang yang menyekutukannya kembali untuk mentaatinya.
Maha Suci Engkau Ya Allah!!!
Posted by Perantau Islam at 00:46 0 comments
Wednesday, 23 May 2012
Air Mata duka
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis matamu.
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu.
bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan.apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah.
Posted by Perantau Islam at 23:30 0 comments
Si Pencari Islam
bissmillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Hamba seorang perantau yang datang dari bumi mutiara yang mana suatu ketika dulu
hidup dengan dosa tanpa batas, aku tidak kenal Tuhanku, aku tidak mengerti apa tujuan aku diciptakan!
aku terus hanyut dalam dosa dan maksiat tanpa ada yang menghalangku kerana agamaku tidak pernah melarang untuk aku melakukan kejahatan
arak menjadi minuman seharianku, judi menjadi hiburanku, pergaulanku tidak terbatas!!!
aku bangga dengan caraku! aku angkuh dengan hidupku!
Namun semuanya berubah selepas aku di anugerahkan hidayah yang tidak ternilai.
ternyata Allah menyayangiku dan memerhatikanku selama aku hidup! sedangkan ketika itu aku kafir!!! rupanya Sang penciptaku telah memerhatikan segala tindak tandukku selama ini.
tatkala aku hampir hanyut dengan duniaku yang tidak berpenghujung, saat itulah juga Allah mencampakkan Iman Islam dalam hatiku.
tarikh Keramat ini 21/03/2007 tidak akan aku lupa untuk selamanya kerana ketika inilah syahadah aku ucapkan! dan saat syahadah aku ucapkan, duniaku merasa berubah.
aku berada di awangan yang mana hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa senang dan tenangnya hatiku ketika itu.
maka pada hari itu jugalah aku sah menjadi muslim!!! aku tinggalkan agama asalku yakni kristian dan menganut agama Islam.
Posted by Perantau Islam at 21:50 0 comments









