BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 4 June 2012

Malaikat dan Kematian

Wahai insan!!! sampai bilakah lagi kelalaian ini terjadi? sedang tuntutan pasti akan datang kepadamu secara tiba-tiba. demi Allah biasakan hari2mu untuk mencari kebaikan yang banyak.. jangan kamu bangga dengan apa yang kamu ada.. wahai orang yang terpedaya oleh kebohongan dan angan-anngan yang jauh dari kebenaran dan perbuatan yang penuh dusta. wahai orang yang terus asyik berlengah-lengah! sampai nila engkau akan menunda-nunda taubat? sementara engkau tidak punya alasan untuk menundanya.

Tuesday, 29 May 2012

cute dan cumey haha ( sama je)

inilah generasi yang akan mewarisi ulama'ulama' yang akan datang kelak,.. semoga Allah memberikan ilmu yang bermanafaat kepada sulhi dan rabbani..

merekalah harapan bangsa yang akan datang..amen!!! jadikan mereka insan yang bertaqwa ya Allah!!!
SEMOGA HIDUP MU TIDAK DIKABURI DUNIA YANG penuh dengan tipu daya.. wahai adik Rabbani dan Sulhi, susulilah hidupmu dengan tinta ilahi. payungilah hatimu dengan Iman nan taqwa, hiasailah seharianmu dengan ibadah...
Allah jangan biarkan senyuman adik ku yang tercinta ini hilang dimamah dengan kelalaian, hinggapilah ia dengan RahmatMu. tadahilah ia dengan nikmat Mu ya Rahman!!!....
Allah, mereka merenung masa depan...dimanakah mereka suatu hari kelak? engkau tunjuki mereka Jalan yang lurus sebagaimanaa Engkau memberikan petunjuk kepada orang-orang terdahulu. kurniakan merekaa Iman yang kukuh Ya Allah..bimbinglah mereka ke jalan yang Benar!!! jadikanlah mereka pejuang Islam yang Agung!!!

Adik Rabbani dan Sulhi yang comel..

sungguh kebesaran Allah itu tidak ada bandaingnya..lihatlah akan kebesarannya...tidakkah kita sedar bahawa betapa kerdilnya kita disisi Allah..mengapa harus bongkak dengan pangkat yang ada.. sedarlah ia hanya bersifat sementara sahaja. bukankah pangkat dan darjat itu hanyalah satu tipu daya untuk menyesatkan diri! mengapa harus berbangga dengan dunia sedangkan sejak azali lagi dunia ini diciptakan Allah tidak pernah sekalipun memandangNya.. maka nikmat apa lagi yang kamu dustakan?! betapa hinanya dunia dan tidak berhaga disisi Allah..dalam surah Al-Baqarah Allah telah membandingkan muka bumi (dunia) ini, dengan sebelah sayap nyamuk setelah dibandingkan betappa hinanya dunia berdanding seekor nyamuk yang pada pandangan manusia ianya jijik dan hina lagi merimaskan. maka nikmat apa lagi yang hendak kamu dustakan wahai yang bergelar Insan!!!

Friday, 25 May 2012

Madah Nan Islam

Di antara mereka ada yang menyembunyikan cintanya, meredam keluh-kesah lidahnya
Namun ada yang berterus terang berkata,

biarkanlah mereka semua mencela.'' bukankah hatiku yang menjadi tempat ujian?
bagaimana akan tersembunyi isinya sedang hati itu telah koyak!!

mana para pencinta dan yang mencintai mereka?
di mana yang berkumpul  dan berpisahkerana cinta itu
Mata-mata yang tak henti menangis, sungguh menakjubkan mata yang tertumpah  dan menangis kala gundah.

mereka mengharamkan tidur, dan pencinta itu tidak tidur meski di saat tenang di pintu mereka menangis
dan tangisan itu berguna andai kemunafikan tidak menodainya.

mereka bertolong oleh air matanya,  dan apabila air mata
pencinta itu menolong sungguhkan berguna.

Baginda S.A.W. Pembawa berita gembira dan ancaman

Allahu Akbar! Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam dan pemelihara seluruh makhluk ciptaan-nYa. selawat dan salam bagi junjungan kita Muhammad S.a.w.  beserta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud.
   Mata yang menangis kerana Allah tidak akan disentuh api neraka. (AQMQL)


Baginda diutuskan sebagai pembawa berita gembira dan ancaman, sebagai penyeru ke jalan Allah denga seizin-Nya, sebagai lentera yang berkilau cahaya. maka denga perantaraannya kita memperoleh petunjuk dari kesesatan,pandangan dari kebutaan, bimbingan dari kesesatan,

dan dengannya pula terbukalah mata yang buta,telinga yang tuli, dan hati yang terkunci. baginda telah menyampaikan risalah, menyampaikan amanah, memberi nasihat kepada umat.  berjihad dijalan Allah dengan sebenar-benar jihad.  dan menyembah Tuhan-nya hingga ajal tiba dari sisi Tuhannya.
 ( Buku Samudera Air mata)

Ibu Kebanggaanku..Ayah inspirasiku

ohh alangkah tersentuh hati ini menitis air mataku membasahi bumi....
tatkala orang yang ku kasihi..yang ku hormati...

yang ku cintai....insan yang mulia bergelar ibu.... manakan tidak, keislamanku langsung tidak dihalangnya...betapa kasihnya ibu padaku....sedang ku berfikir cara untuk memberitahu pada ibuku bahawa esok saya akan masuk islam, ku takut ku akan melukai hatinya kerana tindakanku ini..

maka ilham Allah siapa yang sangka..Allah melembutkan hati ibuku..ku membuat panggilan
dengan tujuan memberitahu pada ibuku bahawa anaknya ini hendak memeluk agama islam.

ibuku mengangkat teleponku...ku pun memulakan bicara.....

......hello...mak....(dengan suara penuh hormat) ni saya, anak mak...
mak: ya mak tahu..ada apa telefon mak ni...
Ku: mak sihat tak..bapa sihat? adik2 sihat?

mak: mak sihat, bapa dengan adik-adik semua sihat...
ku: mak saya ada benda nak cakap dengan mak..tapi saya harap mak tidak marah dengan saya....

mak: ha. apa dia nak...cakaplah..mak nak marah apa dengan kamu...
ku: mak sebenarnya saya hendak masuk islam...

mak: apa? kamu nak masuk islam?
ku: ye mak..ku hendak masuk islam..boleh tak mak?

mak: hmm...kenapa kamu nak msuk islam nak? macam nilah..kamu balik sini dulu berbincang dengan mak dan bapa kamu.

ku; mak...saya minta maaf sangat..saya tak dapat balik...esok saya akan memeluk agama islam.

mak; odong ( panggilan mak pada saya)  kalau kamu nak juga masuk islam..mak tak dapat buat apa-apa. sebab kalau mak larang pun kamu tetap juga denga kemahuanmu.

ku; mak..terima kasih mak...saya minta maaf sangat kalau saya menyakitkan hati mak dan bapa....

mak: tidak apa-apa...cuma satu pesan mak..odong ( suara mak dengan lembut penuh kasih sayang)
ingatlah betul-betul pesan mak nie...bila kamu dah islam,,,jadilah orang islam yang berguna....

jangan samakan diri kamu yang dulu dan selepas islam..ubahlah perangai kamu yang sebelum islam ini bila kamu dah islam.

jadilah orang yang berguna..

ku: mak...terima kasih banyak-banyak...saya akan ingat pesan mak...saya tidak akan kecewakan mak...mak saya sayang sangat kat mak....saya akan jadi anak yang baik untuk agama..

mak saya pergi dulu mak..nanti saya telefon mak lagi ye...

mak: baiklah..jaga diri sana..jangan keluar malam..jangan bergaul dengan orang yang tidak baik...bah..tutuplah telefon tu...

ku: baiklah mak..saya ingat pesan tu hehehe..( ku tersenyum kerana ibuka sangat mengasihaniku)..
gagang telefon diletakkan.


inilah perbualan ku dengan mak sebelum esoknya tu saya hendak memeluk agama islam,
hebatkan ibu ku...

subhanallah.....terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusanku.

antara dunia dan akhirat?

tidaklah bergelar manusia jika tidak mendapat dugaan. maka saya tidak terlepas dari dugaan dalam menjalani kehidupan biasa.

setelah keislamanku, ku tercari-cari dengan siapa harus ku belajar tentang islam.  hendak bertanya pada kawan-kawan sekerja mereka hanya mampu memberi nasihat namun tidak sekali tentang perihal ilmu islam.


maka hasutan syaitan telah berbisik padaku, saat itulah keimananku teruji.  hampir saja ku berpaling dari islam kerana tiada bimbingan.

ku bersyukur pada Allah kerana memberikanku kekuatan untuk kekal pada islam. ketika ku hampir
berpaling dari islam,

maka imanku berkata, wahai hazrieq yang dikasihi, tetapkanlah imanmu pada yang Esa.
syukurilah nikmat yang telah diberikan padamu.

aku tersedar dari lamunanku. maka ku kuatkan imanku dan tetaplah aku dalam islam.
saya tersepit diantara dunia dan akhirat.

apakah saya harus meneruskan pekerjaanku ini tanpa mempelajari agama Allah?
sedangkan ketika itu, sayalah tempat keluargaku bergantung.

jika ku berhenti kerja bagaimana saya menolong keluargaku...ahhh sekali lagi ku tersepit di tengah-tengah,

sekali lagi imanku berkata, wahai hazrieq yang bertuah,,.tinggalkanlah pekerjaanmu dan kenalilah Tuhanmu..yakinlah pertolongan Allah itu adalah pasti...

maka ku pun meninggalkan pekerjaanku dengan sehelai sepinggang, tanpa ada apa-apa.
yang tinggal.

ku mempelajari agama dan dari situlah ku mula kenal siapa Tuhanku yang sebenar,
dan alhamdulillah dengan pertolongan Allah ku berjaya mengharungi  dugaan yang
melanda diriku ini.